Pos Dan Kurier Menggunakan Teknologi Dron Mampu Direalisasikan Dalam 5 Tahun Akan Datang

Seiring dengan kemudahan teknologi yang semakin bercambah, industri pos dan kurier tanah air dijangka bersedia menggunakan teknologi dron dalam masa 5 tahun lagi.

Ini adalah berdasarkan ucapan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo kepada pemberita ketika acara penutup Pertandingan Parcel Drone 2019 hari ini.

Menurut beliau lagi, teknologi "Unmanned Aerial Vehicle" sedang galak dilaksanakan dibeberapa buah negara seperti Switzerland yang menghantar sampel atau spesimen antara klinik dan hospital

Dalam negara pula, beliau menyatakan ia boleh memenuhi keperluan menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan pedalaman pada waktu kecemasan dan turut juga berguna bagi industri pertanian.

Pihak kementerian juga akan sentiasa bekerjasama dengan SKMM dalam merealisasikan perkhidmatan penghantaran bungkusan setanding dengan negara luar.

Sumber dan kredi foto: Bernama