Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Porsche 911 Turbo 1977 Satu-Satunya Kereta Sebenar Di Cyberpunk 2077

Porsche 911 Turbo 1977 Satu-Satunya Kereta Sebenar Di Cyberpunk 2077

Diterbitkan Oktober 19, 2020 oleh Amsyar Latif

Pertama kali diperlihatkan dalam satu video terbaharu Cyberpunk 2077, Night City Wire: Episode 4, Porsche 911 Turbo yang dilancarkan pada tahun 1974 akan dimasukkan ke dalam permainan ini.

Kereta ini juga boleh dipandu sepenuhnya oleh pemain. Kehadiran kereta ini berkait dengan salah satu watak utama permainan ini yang bernama Johnny Silverhand yang dimainkan Keanu Reeves.

cyberpunk keanu

Dalam dunia permainan video yang penuh dengan kenderaan futuristik, Porsche 911 Turbo yang telah diubah suai ini adalah satu-satunya kereta yang sebenar.

Porsche ini dinaik taraf dengan lidar menghadap depan serta kamera elektronik dan bukannya cermin sisi.

Porsche 911 Turbo 1977 Satu-Satunya Kereta Sebenar Di Cyberpunk 2077

Skema warna juga sepenuhnya sesuai dengan latar belakang Silverhand termasuk warna merah untuk bandnya, hijau dan khaki semasa dia menjadi askar dan perak untuk tangan robotiknya.

Porsche 911 Turbo 1977 Satu-Satunya Kereta Sebenar Di Cyberpunk 2077

Selain itu, untuk mempromosikan permainan dan kereta ini, Porsche telah mengeluarkan satu iklan bagi Porsche Cyberpunk.

Buat pengetahuan, Cyberpunk 2077 dibangunkan oleh CD Projekt Red dimana mereka juga membangunkan The Witcher 3: Wild Hunt.

Permainan ini akan dilancarkan pada 19 November 2020 untuk platform PC, Xbox One, PlayStation 4 dan Stadia. Ia juga boleh dimainkan pada konsol terbaharu Xbox Series X dan PlayStation 5.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY