Popular Dalam Kalangan Negara Bertanding Antara Sebab PES 2018 Dipertandingkan Di Sukan Asia 2018

Umum mengetahui tentang kehadiran e-Sukan sebagai salah satu acara dalam Sukan Asia yang berlangsung di Indonesia ketika ini.

Dipertandingakan sebagai acara demonstrasi, pingat yang dimenangai untuk acara e-Sukan tidak akan dikira dalam jumlah keselurahan pingat untuk negara peserta.

Ia akan diangkat sebagai acara sukan rasmi pada Sukan Asia 2022 kelak. Sebanyak 6 jenis e-Sukan ditawarkan pada penampilan pertama ini iaitu, Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Star Craft II dan Pro Evolution Soccer 2018.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan sebagai salah satu e-Sukan yang dipertandingkan, Takayuji Kurumada, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Promosi Konami, beliau menyatakan syarikat pembangun itu berbangga dengan pencapaian PES 2018.



"PES 2018 adalah satu-satunya permainan video bergenre olahraga yang dipertandingkan dalaman temasya sukan Asia 2018 ini. Ini perkara yang membanggakan. Malah ketika pertama kali diumumkan, saya terus mendapat ucapan tahniah daripada komuniti PES seluruh dunia."

Kurumada turut menjelaskan antara syarat-syarat yang melayakkan sesuatu permainan video itu layak dipertandingkan adalah ia harus popular dalam kalangan negara yang bertanding.

Lapan negara yang bakal beradu dalam PES 2018 adalah Malaysia, Hong Kong, Iran, Kazakstan, Vietnam, Jepun, India dan Indonesia.

Bakal dilangsungkan dalam tiga kaedah, dimulai dengan satu lawan satu (1 vs 1), dua lawan dua (2vs 2) dan disudahi dengan satu lawan satu 1 vs 1).

Acara e-Sport dijadualkan bermula hari ini dan untuk PES 2018 ia akan berlangsung pada 1 September depan.

Dua atlet mewakili Malaysia adalah Muhammad Khairul Abdul Aziz (Keron) dan Mohamad Norhaikal Mohamad Noh (Haikal). Diucapkan semoga berjaya kepada kedua-duanya.

Kapsyen: Kredit gambar: mygameon


Sumber: Industry.co.id dan Kompas