Antara pelan menarik dan berpatutan dalam langganan internet adalah GX30 dan GX50 pada U Mobile. Pelan ini menawarkan data tanpa had paling murah dalam pasaran. Akan tetapi, nampaknya walapun pelan ini mempunyai data tanpa had, ia dilihat ada ‘had’ juga rupa-rupanya.
Penggunaan pelan ini sememangnya menggunakan polisi Fair Use Policy (FUP) di mana ia mempunyai had batasan kelajuan jika pengguna mencecah 50GB penggunaan. Sebelum ini, kelajuan hanya dikurangkan kepada 1.5 Mbps daripada 3 Mbps (GX30) atau 5 Mbps (GX50). Namun, dengan polisi yang baharu, kelajuan akan terus dikurangkan kepada 0.5 Mbps buat kedua-dua jenis pelan.
Polisi baharu ini telah bermula sejak 21 Oktober lalu dan hanya berjalan pada waktu 8 malam sehingga 1 pagi. Jika ada pengguna yang membeli Turbo Booster untuk pelan mereka masing-masing, kelajuan akan kembali seperti biasa dan had kelajuan ini akan disegarkan semula setiap bulan.
Lowyat.net telah bertanyakan kenyataan rasmi kepada pihak U Mobile dan ini adalah jawapan mereka,
U Mobile always aims to provide the best experience to all our valued customers. With regards to U Mobile’s GX50 and GX30 plans, the offering of unlimited data for all apps still applies.
However, with network being a shared resource, we have in place a Fair Usage Policy to ensure our services maintain quality and performance levels. The Policy tackles disruption caused by usage patterns of a small number of customers which may affect the overall experience and usage of other customers.
Hence, the purpose of this policy is to ensure all our customers have a good network experience. Please visit https://www.u.com.my/tnc/199 for more details on our Fair Usage Policy.
Kenyataan ini secara tidak langsung mengesahkan polisi tersebut. Namun, tiada butiran lanjut mengenai dokumen yang dimuat naik tersebut. Untuk pengguna GX30 dan GX50, apa pendapat anda dengan polisi baharu ini?