Polis Dubai Akan Mula Menggunakan Cybertruck Tesla Pada Tahun 2020

Tidak mengejutkan...


Pihak berkuasa Polis Dubai memberi bayangan bahawa mereka akan menyenaraikan trak pikap elektrik Tesla, Cybertruck sebagai aset utama mereka pada tahun hadapan. Menerusi laman rasmi Twitter Dubai Police, mereka memperlihatkan reka grafik awal rupa trak pikap mereka itu nanti.

https://twitter.com/DubaiPoliceHQ/status/1199379704266014735?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1199379704266014735&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnet.com%2Froadshow%2Fnews%2Ftesla-cybertruck-dubai-police-force%2F

Ia bukanlah suatu yang mnegejutkan kerana pihak berkuasa Polis Dubai memang terkenal dengan barisan jentera berkuasa dan mewah.

Antara aset rondaan yang sedia dimiliki mereka termasuklah Aston Martin One-77, Audi R8, Bentley Continental GT, BMW i8, Bugatti Veyron, Ferrari LaFerrari dan Nissan GTR.

Trak pikap itu nanti dikatakan akan digunakan di kawasan tumpuan utama pelancong.

Disebalik menjadi bahan kritikan dan ketawa peminat serta pengguna internet, Cybertruck Tesla dilaporkan sudah menerima lebih daripada 250,000 tempahan setakat ini.

Sumber: Cnet