Polis Kuala Lumpur yakin penggunaan teknologi komputer berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh Pusat Kawalan Polis Bantuan (PB) YTL Corp mampu mengekang jenayah ragut dan samun di sekitar kawasan Bukit Bintang dan Sentul Raya di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata teknologi itu bukan sahaja membolehkan wajah penjenayah dikenal pasti dengan cepat tetapi juga mampu menganalisis persekitaran.
“Ia juga mempunyai sistem komunikasi berintegrasi yang membolehkan komunikasi masa sebenar di antara anggota bertugas dan Pusat Kawalan YTL,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat kawalan dan pelancaran PB YTL di sini hari ini.
Katanya Polis Diraja Malaysia juga meluluskan permohonan YTL Corp untuk mengambil 260 anggota PB syarikat itu yang akan diketuai oleh seorang timbalan penguasa polis.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan PB YTL diintegrasikan dalam Op Rentap untuk mencegah jenayah samun dan ragut pada masa depan memandangkan kawasan sekitar Bukit Bintang dan Dang Wangi merupakan ‘kawasan panas’ jenayah ragut dan samun.
Polis Bantuan YTL beroperasi secara berperingkat sejak 19 Sept lepas di sekitar Bukit Bintang dalam usaha pembanterasan jenayah di sekitar kawasan itu.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Mahu Bantuan Teknikal Tentang Android? Guna Tanda Pagar #AndroidHelp Di Twitter
- Polis Punyai Hak Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam - Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Waze Membawakan Ciri Meminta Bantuan Menukar Tayar Dengan Pengguna Yang Lain
- Mesir Akan Bina Stesen Tenaga Nuklear Pertama Dengan Bantuan Rusia
- 20 Dron Berkuasa Tinggi Akan Berlegar Di Kawasan Banjir Untuk Pantau Dan Hantar Bantuan
- Kereta Rosak Di Lebuhraya AKLEH, Guthrie, LKSA Atau SILK? Guna Aplikasi PROLINTAS Untuk Dapatkan Bantuan
- Perkhidmatan Internet YTL Lemah, Kementerian Pendidikan Akan Buka Tender Baru Tahun Hadapan
- Bantuan Sebanyak RM500 Untuk 120,000 Pemandu e-Hailing
- Polis Sudah Temui Petunjuk Bagaimana Kebocoran 50 Juta Data Peribadi Terjadi
- 163,000 Pengguna VSP Di KL Bantu Banteras Jenayah - Ketua Polis KL