Polis Bantuan Di KTMB Dilengkapi Helmet Pengimbas Suhu Untuk Kesan Penumpang Bergejala Covid-19

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula hari ini telah membuat peringkat percubaan menggunakan helmet pengimbas suhu untuk mengesan penumpang yang bergejala Covid-19.



Helmet tersebut dipakai oleh polis bantuan dan merupakan teknologi baharu yang diperkenalkan sebagai kaedah alternatif dari pengimbas suhu di stesen, sanitasi tangan dan juga di tren.



Menggunakan alat yang lebih berteknologi, sudah tentu ia lebih menjimatkan masa dan boleh mengesan penumpang bergejala dalam gerak yang lebih cekap.



Penggunaan helmet sebegini sebenarnya sudah digunakan secara meluas terutamanya di China atau negara lain jika dillihat melalui laporan berita sebelum-sebelum ini.

Di KTMB, penggunaan helmet pengimbas suhu ini masih di peringkat percubaan untuk menilai keberkesanan dan kesesuaiannya untuk anggota polis bantuan.

Syabas KTMB!

Sumber: KTMB

Berkaitan