Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
police sentri 1

Police Sentri, Permainan Zaman Kanak-Kanak Kini Di Telefon Pintar

Diterbitkan Mac 15, 2021 · Dikemas kini Mac 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda seorang yang sudah berumur 30-an mahupun 20-an, pasti anda teringat akan permainan Police Entry. Ia merupakan permainan yang dimainkan kanak-kanak suatu masa dahulu ketika telefon pintar belum wujud lagi.

Kini, mungkin anda boleh mengembalikan kenangan tersebut kerana permainan ini sudah mempunyai versi mudah alih yang dipanggil Police Sentri.

Bukan itu sahaja, permainan ini dibangunkan oleh pembangun tempatan iaitu Studio Kamii dan buat masa ini ia masih dalam akses awal di Google Play Store.

Konsepnya mirip seperti permainan asal dimana polis perlu mengejar perompak dan perompak harus melarikan diri daripada polis.

police sentri

Untuk memenanginya, perompak perlu mengelakkan diri dari ditangkap sehingga masa tamat. Sementara polis, semestinya harus menangkap kesemua perompak.

Selain itu, perompak boleh menaikkan tahap permainan dengan membebaskan rakannya manakala pihak polis yang sudah menaikkan tahap permainan dengan menangkap perompak akan diberikan keupayaan berlari lebih pantas.

Anda boleh memainkannya sehingga 8 orang dan permainan ini boleh dimuat turun di Google Play Store. Bagi yang ingin memainkan di komputer, anda turut boleh berbuat demikian dengan memuat turunnya di sini.

Sumber: Studio Kamii

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY