Pokémon Masters Sudah Tersedia Di App Store Dan Play Store

Aplikasi permainan terbaru untuk peminat Pokémon.


Pembangun aplikasi permainan telefon pintar dari Jepun, DeNA Co., Ltd. telah pun melancarkan aplikasi permainan terbaru untuk para peminat Pokemon.

Pokémon Masters yang diumumkan pada Jun lalu kini sudah pun mula ditawarkan kepada para peminatnya yang boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android dan iOS.


Aplikasi Pokémon Masters ini dibangunkan secara bersama antara pihak Pokémon Company dan DeNA.

https://www.youtube.com/watch?v=Gms2G2cs54w

Untuk pengguna peranti iOS termasuklah iPhone, iPad dan iPod touch, keperluan minimum  yang diperlukan adalah peranti tersebut menggunakan  sistem operasi iOS 11 atau terbaru dan boleh memuat turun aplikasi permainan terbaru ini dari App Store secara percuma.

Manakala bagi pengguna Android pula, sistem operasi minimum yang diperlukan bagi memainkan aplikasi Pokémon Masters  adalah dari versi Android 5.0 dan terbaru. Mereka boleh memuat turunnya terus dari Google Play Store.

Setakat ini, aplikasi ini sudah pun dimuat turun lebih daripada 1 juta kali ulang muat turun oleh pengguna Android.

Berkaitan