Berdasarkan maklumat dari Sensor Tower, pada tahun tersebut Pokémon Go meraih pendapatan sebanyak RM3.4 billion. Namun jumlah itu berkurang kepada RM2.4 billion pada tahun 2017. Tahun ini memperlihatkan ramai pemain menceroboh kawasan larangan/milik orang lain dan juga mengakibatkan kemalangan.
Tahun 2018, permainan itu seakan membuat comeback dengan pendapatan tahunan RM3.3 billion. Sehinggalah pada tahun 2019 lalu, permainan tersebut mendapat pendapatan tahunan tertinggi sejak ia dilancarkan dengan jumlah RM3.6 billion. Jumlah itu bukan jumlah yang kecil, tetapi apa yang menarik adalah pendapatan tahun 2019 yang melebihi tahun pelancarannya membuktikan Niantic Labs (pembangun permainan) tahu apa yang perlu dibuat untuk memastikan permainan itu kekal popular dimainkan.
Menurut Sensor Tower, pertumbuhan pendapatan Pokémon Go datangnya dari berbagai acara dalam permainan dan juga kemaskini berterusan terhadap permainan tersebut. Laporan itu turut menyebut pengenalan Team Rocket pada Julai 2019 merupakan antara penyebab utama peningkatan pendapatan mereka.
Dikatakan pendapatan utama untuk tahun 2019 itu datangnya dari Amerika Syarikat dengan jumlah 38% dari jumlah keseluruhan. Ia diikuti oleh Jepun dengan 32%, dan juga Jerman dengan 6%.
Memasuki tahun 2020, adakah Niantic Labs boleh mengekalkan populariti permainan dengan resepi yang sama? Sama-sama kita perhatikan.
Sumber: Sensor Tower
Berkaitan
- Nest Audio Merupakan Pembesar Suara Pintar Terbaharu Google
- AMD Memperkenalkan Siri Cip Ryzen 5000 Untuk Kategori Komputer Riba
- Firma Sekuriti Siber FireEye Digodam, Peralatan Godam Turut Dicuri
- Google Mengumumkan App Defense Alliance Untuk Membanteras Perisian Hasad Di Google Play Store
- Google Matikan Servis Google Cloud Print - Tidak Lagi Boleh Digunakan Pada 1 Januari 2021
- Oppo Reno Ace Dilancarkan - 65W Pengecasan Pantas, Snapdragon 855+, Skrin 90hz
- OnePlus Nord Akan Datang Ke Malaysia Hujung Ogos Ini
- Google Bekerjasama Dengan Parallels Untuk Bawa Sokongan Penuh Aplikasi Windows Di Chromebook
- Tiada Cip Snapdragon 865+ Untuk Tahun Ini
- OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh