Pokémon Go Bakal Memperkenalkan Ciri Pertarungan Dengan Pemain Lain pada Tahun 2020

Pembangun Pokémon Go, Niantic telah mengumumkan satu ciri baharu melawan dengan pemain lain yang dinamakan Go Battle League pada awal tahun 2020. Ciri ini dimainkan secara atas talian yang membolehkan anda berlawan dengan pemain rawak dari seluruh dunia.

Tahun lepas, Niantic telah memperkenalkan ciri Trainer Battle yang membolehkan anda melawan pemain berdekatan anda. Go Battle membawa pengalaman bermain dengan pemain lain ke tahap yang lebih tinggi melalui sistem perlawanan atas talian.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lain yang dikongsi mengenai ciri Go Battle League ini selain mengatakan mereka akan berkongsi dengan lebih lanjut lagi pada masa akan datang.

Ciri melawan pemain lain merupakan satu ciri yang ditunggu-tunggu sejak dari awal pelancaran Pokémon Go lagi. Semestinya berita ini pasti menggembirakan peminat tegar permainan Pokémon Go.

https://twitter.com/PokemonGoApp/status/1186372660802064390