Pocophone F2 Mungkin Dilancarkan Secara Mengejut Hari Ini

Anak syarikat Xiaomi, Pocophone telah mencipta "huru-hara" dalam industri telefon pintar semasa melancarkan Poco F1 beberapa bulan lalu.

Mana tidaknya, telefon yang dilengkapi dengan sistem cip premium Snapdragon 845 itu dijual pada harga yang sangat murah sekaligus memberi tamparan hebat kepada pesaing mereka yang lain.

Malah, peranti tersebut juga telah diiktiraf sebagai peranti bajet terbaik bagi 2018 oleh pengkiritik dan YouTuber terkenal, MKBHD.
Baca juga: MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018

https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1077110736747462656

Melihat kepada kejayaan itu, akaun Twitter Poco India, @IndiaPOCO dilihat telah mengacahkan perkenalan model baru Poco sempena dengan Hari Natal(25 Disember) tahun ini.

https://twitter.com/cmanmohan/status/1077096851130773506

Menggunakan tanda pagar #NewPOCO pada kicauan tersebut, POCO India bagaimanapun tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai peranti yang dimaksudkan itu.

Kapsyen: Pocophone


Beberapa pengikut juga menganggap ia sebenarnya hanyalah penawaran model Edisi Kevlar bagi variasi 6GB/64GB dan 6GB/128GB Poco F1 sahaja. Ketika ini, hanya model 8GB/256GB sahaja yang ditawarkan dengan rekaan Kevlar.

Dakwaan berkenaan nampak berasas memandangkan tiada sebarang maklumat mengenai peranti Poco F2 yang didedahkan oleh Xiaomi mahupun Pocophone sendiri.

 

Sumber: India Today