Pocophone F2 Dijangka Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

Nama Pocophone F1 sememangnya tidak asing lagi buat para pengguna telefon pintar. Peranti yang dilancarkan pada Ogos 2018 itu prnah menjadi perbualan hangat di media sosial pada awal pelancarannya.



Terbaru, menurut sumber dari Gsmarena, sub syarikat Xiaomi itu dilihat akan memperkenalkan peranti barunya pada tahun hadapan. Menurut kenyataan dari pengerusi global syarikat itu iaitu Alvin Tse, “para pengguna bakal mendengar khabar dari kami pada tahun hadapan”.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan Tse tersebut, berkemungkinan pihak Pocophone bakal melancarkan sebuah lagi peranti mercu yang berkemungkinan Pocophone F2. Namun begitu, belum ada maklumat lanjut dari pihak Pocophone mengenai nama peranti terbarunya nanti.



Jika diimbas kembali, pada awal tahun ini telah tersebar khabar angin mengatakan Pocophone F2 bakal dilancarkan. Namun, ia bukanlah dari Pocophone, tetapi dari sebuah lagi sub syarikat Xiaomi iaitu Redmi yang melancarkan Redmi K20 Pro.

Sumber : Gsmarena