Pocophone F1 Mula Terima Kemaskini Android 10

Pocophone F1 sedia menerima kemaskini MIUI 11 pada Oktober tahun lalu, tetapi ia hanya berasaskan Android 9 Pie. Pertengahan Januari versi Android 10 mula dilepaskan tetapi hanya terhad kepada sebahagian pengguna sahaja.

Kini penantian pemilik peranti itu bakal berakhir dimana versi Android 10 stabil sudah mula dilepaskan. Pengguna awal yang akan menikmati kemaskini stabil tersebut adalah penguji versi Beta. Sementara penawaran untuk umum akan dibuat tidak lama lagi.



Bagi anda pengguna Pocophone F1, sudah boleh mula menyemak bahagian kemaskini pada peranti. Harap bersabar jika belum menerimanya kerana penawaran dibuat secara berperingkat.

Sumber: Mi Community