Pocophone F1 Mula Terima Ciri Gerak Perlahan 960fps Dan Penambahbaikan Mod Malam

Menjalani ujian beta pada bulan lalu, kemaskini MIUI 10 v10.2.2.0 versi stabil telah mula dilepaskan kepada pengguna Pocophone F1.

Kemaskini tersebut membawakan dua sokongan baru untuk sistem kamera iaitu rakaman video gerak perlahan pada kadar 960fps dan lebih keupayaan untuk mod malam.



Pocophone F1 sedia ada hanya menawarkan sokongan gerak perlahan untuk rakaman 120fps serta 240fps. Penambahbaikan mod malam pula dikatakan menggabungkan 8 foto dengan exposure yang berbeza untuk menghasilkan sebuah imej pada waktu malam dan kurang cahaya yang lebih baik.

Kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat dan bagi ciri rakaman 4K 60fps pula, ia akan hadir pada pengguna sekitar Februari nanti.

Sumber: MIUI dan GSMArena