Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat

Peranti yang menjadi pengubah landskap harga telefon pintar dunia, Pocophone F1 kini sedang dalam proses untuk menerima kemaskini Android 9 Pie secara berperingkat.

Kemaskini sistem operasi ini bermakna ia juga bakal menikmati kemaskini antaramuka MIUI 10 dari Xiaomi. Ia juga membawakan beberapa ciri baharu seperti integrasi Google Lens pada kamera, selain menyelesaikan masalah yang ada pada Android Auto dan pepijat mikrofon.



Baca juga: Ketahui Perkara Baru Yang Ada Pada MIUI 10

Sekiranya anda sudah belum lagi menerima kemaskini OTA bagi peranti Pocophone F1 milik anda, anda boleh memuat-turun fail kemaskini bersaiz 1.7GB di sini dan memasangnya sendiri.

Bagaimanapun, risiko adalah atas tanggungan pengguna sendiri dan kami menasihatkan anda untuk tunggu sahaja kemaskini rasmi pada peranti anda.

 

Sumber: Xda-Develepors