Pocophone F1 Lite Tersenarai Di Laman Geekbench, Hadir Dengan Snapdragon 660 & 4GB RAM

*Kemaskini: Spesifikasi dan markah penanda aras Geekbench ini disahkan hanya rekaan dan bukannya diuji pada peranti yang didakwa sebagai Pocophone F1 Lite. Sumber: XDA-Developers

Ketika Xiaomi memperkenalkan Pocophone F1 tahun lalu, ia telah mencetus fenomena baru dalam industri telefon pintar apabila menawarkan peranti dengan cip kelas perdana pada harga sangat mampu milik.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, secara tiba-tiba peranti Pocophone F1 Lite dikesan tersenarai di laman Geekbench.

Kapsyen: Geekbench


Peranti ini didakwa bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 660 sekaligus menjadikannya peranti kelas pertengahan.

Ia juga dikatakan akan disokong oleh memori 4GB RAM serta dijalankan menggunakan sistem operasi Android 9 Pie.

Tidak lama selepas itu, penanda aras peranti ini telah dibawa keluar dan digantikan dengan model yang menggunakan kod nama Xiaomi "Uranus" dan memperlihatkan markah yang sedikit rendah.

Kapsyen: Geekbench


Melihat kepada apa yang ditawarkan oleh Pocophone F1, tidak mustahil versi Lite ini juga akan menjadi antara peranti kelas pertengahan yang termurah yang apabila dijual secara rasmi nanti.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi Pocophone F1 Lite berjaya diperolehi setakat ini.

 

Sumber: Phone Arena