Poco M2 Pro Akan Diperkenal Pada 7 Julai Ini

Poco kini mengumumkan Poco M2 Pro akan diperkenalkan di India pada 7 Julai ini. Acara pelancaran yang akan berlangsung pada jam 2.30 petang itu telah diumumkan melalui akaun rasmi POCO India di Twitter.

https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1278214190017024000

Dari segi rekaan, peranti ini kelihatan hampir sama seperti Redmi Note 9 Pro. Ia hadir dengan tetapan kuad kamera dalam modul kamera empat segi serta sokongan pengecasan pantas 33W. Jika POCO X2 dan POCO F2 Pro dijenamakan semula daripada Redmi K30, berkemungkinan peranti ini berasaskan Redmi Note 9 Pro.

pelancaran Poco M2 Pro

Spekulasi sebelum ini turut menyatakan Poco M2 Pro dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 720G. Dalam pada itu, dijangka lebih banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai Poco M2 Pro sebelum acara pelancaran berlangsung

Sumber: Twitter POCO India

Beli Poco F2 Pro di:
Lazada (https://invol.co/clpv8d)
Shopee (https://invol.co/clpv8g)