POCO Kini Syarikat Beroperasi Bebas Tidak Lagi Di Bawah Xiaomi

POCO pada awal tahun ini telah membuat pengumuman bahawa mereka akan menjadi syarikat yang beroperasi secara bebas.

Selesai melancarkan POCO M3 sebagai telefon pintar terbaharu mereka, mereka terus sahaja mengumumkan bermula hari ini mereka telah mula beroperasi secara kendiri.



POCO memulakan jenama mereka pada tahun 2018 dengan model Pocophone F1 yang begitu popular sehingga wujudnya tanda pagar #Baikbelipoco.

Setelah itu, POCO telah memasuki lebih dari 35 pasaran di seluruh dunia manakala jualan telefon POCO secara global melebihi 6 juta unit.

Untuk pasaran Malaysia, tidak diketahui sama ada berita ini memberi impak terhadap bagaimana POCO beroperasi di Malaysia.

Ini adalah kerana Redmi sebelum ini juga telah pun mengumumkan operasi mereka secara bebas untuk pasaran global. Namun untuk Redmi Malaysia, mereka masih lagi menjual telefon di bawah Xiaomi.

Dari segi positif keseluruhan industri, ini bermakna mungkin kita akan melihat rekaan telefon POCO yang lebih segar kerana tidak lagi berkait dengan Xiaomi lagi.

Sumber: POCO