Poco F2 Pro Mula Dijual 10 Jun Ini, Harga Dari RM2199

Penantian peminat POCO bakal berakhir tidak lama lagi dimana POCO F2 Pro telah dijadualkan berada di pasaran tempatan 10 Jun 2020. Melalui pengumuman yang dibuat, peranti ini ditetapkan pada harga bermula RM2199 sehingga RM2599, berbeza mengikut konfigurasi memori.

Bagi varian yang lebih tinggi iaitu RAM 8GB dan storan 256GB, pembelian model ini akan disertakan sekali dengan sistem penyejukan luaran, BlackShark Funcooler yang bernilai RM139.



Namun begitu, ia boleh dimiliki dengan harga lebih murah iaitu RM1999 menerusi jualan kilat yang berlangsung di Lazada pada 10 Jun 2020 nanti. Varian yang ditawarkan pada harga promosi ini adalah RAM 6GB/128GB dan ia hanya dibuka untuk satu hari sahaja.



Melihat kembali kepada penawaran, POCO F2 Pro didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin paparan AMOLED 6.67 inci (FHD+), Snapdragon 865, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB serta bateri berkapasiti 4700W dengan pengecasan pantas 30W.

Bahagian kamera menampilkan sistem kuad kamera, 64MP+13MP+5MP+2MP. Rakaman hadapan menggunakan mekanisme terangkat 20MP. Ia turut disediakan dengan sistem penyejukan LiquidCool 2.0.

Beli Poco F2 Pro dengan harga promosi RM1999 di Lazada(https://invol.co/clob9m) pada 10 Jun 2020.