Poco F2 Mungkin Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Deretan khabar angin mengenai Poco F2 sudah bermula sejak sekian lama, dan kini ia kembali bertiup kencang dengan pelancarannya mungkin dibuat pada minggu hadapan.

Menerusi kicauan yang dibuat oleh @Sudhanshu1414, Poco F2 Pro akan membuat kemunculan rasmi pada 12 Mei 2020 di Madrid Sepanyol sekitar jam 2 petang waktu tempatan.



Walaupun Poco belum tidak mendedahkan sebarang tarikh rasmi, namun mereka sedia mengacah kehadiran peranti baru berdasarkan kicauan Twitter beberapa hari lalu.



Spesifikasi mengenai peranti tidak dikongsikan lagi tetapi ura-ura menyatakan ia adalah berasaskan Redmi K30 Pro. Walaupun pihak Poco menyangkal dakwaan tersebut, tetapi penyenaraian pada Google Play menyatakan sebaliknya.



Poco F2 Pro telah diuar-uarkan tampil dengan "cip paling berkuasa", berkemungkinan Snapdragon 865 dan "skrin penuh", yang menggambarkan rekaan takuk atau punch hole pada paparan. Pengeluar juga membayangkan peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti besar dan pengecasan pantas.



Khabar angin berkenaan spesifikasi, ia mempunyai variasi pilihan antara RAM 6GB/128GB serta RAM 8GB/256GB. Terdapat 4 pilihan warna bagi peranti ini iaitu Purple, White, Gray dan Blue.

Harga Poco F2 Pro juga dikatakan akan lebih mahal berbanding penawaran sebelumnya, mungkin sekitar ~RM2800 hingga ~RM3036. Adakah Poco F2 Pro akan tampil dengan bersama-sama spesifikasi yang disebutkan diatas? Kita nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar.

Sumber: GSMArena