POCO F2 Lite Mungkin Dilengkapi Snapdragon 765G Dan RAM 6GB

Seminggu dua ini, jenama yang cukup popular beberapa tahun sudah kembali hangat diperkatakan. Kini, menambah kepada desas-desus sedia adalah berkenaan POCO F2 Lite.

Informasi awal ini dikongsikan oleh saluran YouTube RevAtlas yang dikatakan menerima emel beserta tiga imej didakwa sebagai POCO F2 Lite. Spesifikasi yang bakal menghuni peranti tersebut adalah Snapdragon 765G bersama gandingan RAM 6GB serta bateri 5000mAh. Ini secara tidak langsung memberikan sokongan rangkaian 5G kepada model tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=YZVKii-zsjU&feature=emb_title

Didalam emel yang sama, ia menyebut penggunaan kamera dengan resolusi yang tinggi tetapi tidak menyatakan sebarang maklumat lengkap. Berkenaan harga, ia dikatakan bakal dijual lebih murah daripada yang sebelumnya. Imej yang dilampirkan pada hantaran email turut memperlihatkan penggunaan sistem antaramuka MIUI. Namun begitu, perkongsian tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya.



Perkhabaran ini sedikit bercanggah dengan satu lagi khabar angin yang menyatakan POCO memohon pensijilan untuk model M1912G8BI. Nombor model yang sama digunakan pada siri Redmi K30 versi 4G (Snapdragon 730G).


Walaubagaimanapun, jika dibandingkan antara imej diatas dengan Redmi K30, ia berbeza pada rekaan paparan. Redmi K30 mempunyai paparan berlubang sementara imej diatas dengan paparan takuk.

Buat masa sekarang tidak dapat dipastikan sama ada ura-ura peranti POCO akan datang merupakan siri Redmi K30. Namun, laporan yang sudah sah mengenai POCO adalah mereka tidak lagi dipasarkan sebagai sub-jenama Xiaomi.