Poco F1 Terima Android Pie Global Beta Melalui MIUI 10 Versi 8.11.15

Pertama kali diperkenalkan, Poco F1 cukup hangat dibualkan oleh peminat yang mahukan cip berprestasi tinggi pada harga murah.

Menjalankan sistem operasi Android Oreo 8.1 dari dalam kotak, sub jenama dari Xiaomi ini telah menjanjikan kemaskini naik taraf, sekurang-kurangnya sehingga Android Q.

Versi Beta Android Pie untuk Poco F1 bagi ujian tertutup sudah muncul sejak Oktober yang lalu namun ia terbocor kepada muat turun umum.

Terbaru, menurut laman XDA Developers, Xiaomi telah melancarkan Android Pie Global Beta melalui MIUI 10 untuk peranti Poco F1.

Anda boleh memuat turun MIUI 10 Global Beta ROM 8.11.15 sebagai Recovery ROM untuk dipasang melalui sistem kemaskini tersedia pada MIUI ataupun sebagai Fastboot ROM menerusi pemasangan secara fastboot.

Kehadiran versi global beta ini menandakan versi stabil bakal ditawarkan kepada umum tidak lama lagi.

Anda boleh ikuti perbincangan tentang kemaskini ini tersebut di dalam XDA-Developers Forum.