Poco F1 Akan Mula Dijual Di Malaysia Seawal Minggu Hadapan

Beberapa hari yang lalu, Xiaomi telah memperkenalkan sub-jenama terbaru mereka, Pocophone melalui pelancaran peranti Poco F1. Ia adalah merupakan peranti dengan cip Qualcomm Snapdragon 845 termurah yang berada di pasaran. Dan rakyat Malaysia mungkin boleh memilikinya seawal minggu depan.

Ia berikutan satu kiriman yang dibuat oleh pengedar peranti, Mobile 2 Go di laman Facebook mereka mengenai penjualan peranti tersebut. Kiriman tersebut telah disertai dengan kapsyen, "Bakal tiba! Tersedia sebelum SST bermula".



Umum mengetahui bahawa cukai SST akan mula dikenakan pada 1 September ini, bersamaan Sabtu minggu hadapan. Maka, ia sekaligus menandakan Poco F1 akan mula dijual oleh mereka sebelum tarikh berkenaan.

Mereka menawarkan variasi 6GB RAM dan 64GB simpanan dalaman dan peranti ini dijangka akan tiba pada 28 Ogos nanti. Anda juga boleh mendaftar minat melalui pautan yang disediakan bersama kiriman atau klik di sini.



Selain itu, sebuah lagi pengedar, DirectD juga telah mengesahkan bahawa Poco F1 bakal tiba di kedai rasmi mereka di XIAOMI Malaysia Authorised Concept (Mi Home) di pasaraya Utama, Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, harga jualan bagi Poco F1 ini masih lagi belum diumumkan. Namun, jika menurut tukaran wang semasa denga harga pasaran di India, Poco F1 ini akan dijual pada harga serendah Rs 20,999(~RM 1,231) bagi model 6GB RAM+64GB ROM.

 

Sumber : DirectD , Mobile 2 Go