Ikuti kami di media sosial

Berita

PLUS Tunda Pelaksanaan Kutipan Tol RFID Di Lebuhraya PLUS Dan LPT2

Amalina Athman

Ditulis

pada

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan, pelaksanaan kutipan tol menggunakan sistem RFID di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) ditangguhkan. Kutipan tol melalui sistem RFID pada asalnya dijadual bermula 1 April di semua plaza tol sistem tertutup bagi kedua-dua lebuhraya tersebut.

Penangguhan tersebut dilakukan setelah mengambil kira keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS termasuk pengguna lebuhraya berikutan penularan wabak Covid-19. Semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PLUS tangguh RFID

Iklan

Menurut PLUS, persiapan untuk pelaksanaan sistem RFID akan bersambung sejurus selepas tempoh PKP berakhir. Setelah itu, tarikh baru bagi pelaksanaan sistem RFID bakal diumumkan kemudian.

Pelaksanaan sistem kutipan tol RFID itu melibatkan 83 plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2.

Sumber: PLUS

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular