PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol Menerusi Kad Debit Dan Kredit

Sering kali kita terlihat kereta yang memasuki plaza tol terpaksa menghidupkan lampu kecemasan dan ia berlaku akibat baki kad tidak mencukupi. Kaedah pembayaran mula dipermudahkan denganĀ  adanya Pay Direct dari Touch N' Go yang menghubungkan e-dompet kepada kad fizikal, kini PLUS sedang berusaha untuk menambah lagi kaedah lain.

Memetik laporan dari Berita Harian, PLUS kini sedang menaik taraf infrastruktur plaza tol kendalian mereka untuk membolehkan pembayaran tol dibuat menerusi kad debit serta kad kredit yang mana ia akan dihubungkan terus pada sistem RFID PLUS

Selain dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol, penambahan mod bayaran ini juga bakal menyenangkan pengguna PLUS dimana mereka tidak perlu membuat tambah nilai di kaunter mahupun kiosk.

Difahamkan juga, pihak pengendali lebuhraya itu sedang dalam proses membolehkan pengguna membuat pilihan bayaran menggunakan TnG eWallet. Naik taraf yang dijalankan PLUS dijangka selesai akhir tahun ini.

Sumber: Berita Harian