Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Store Menawarkan Judul Permainan Percuma Untuk Konsol PS4 Dan PS5

PlayStation Store Menawarkan Judul Permainan Percuma Untuk Konsol PS4 Dan PS5

Diterbitkan April 20, 2021 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pemilik konsol PS4 dan PS5 kerana laman stor PlayStation menawarkan judul permainan popular iaitu Horizon Zero Dawn: Complete Edition untuk dimuat turun secara percuma bagi 2 konsol tersebut.

Salinan percuma judul permainan ini turut menawarkan kepada pemain mendapatkan kandungan tambahan termasuklah The Frozen Wilds Expansion, Digital art book, PS4 Dynamic Theme dan bonus-bonus lain.

Untuk memuat turun permainan ini, anda tidak perlu pun penuhi sebarang syarat tertentu seperti perlu melanggan servis PS Plus atau lain-lain.

Bermakna sesiapa sahaja yang memiliki konsol PS4 atau PS5 boleh memuat turun judul permainan ini secara percuma.

Horizon Zero Dawn adalah permainan yang ditawarkan secara eksklusif untuk konsol PS4 dalam tahun 2017 dahulu.

Tawaran percuma bagi Horizon Zero Dawn: Complete Edition ini akan tamat pada 14 Mei 2021.

Sumber: PlayStation Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY