PlayStation Neo Dijangka Akan Diperkenal Pada September Ini





9 Ogos - Sony dijangka akan memperkenalkan PlayStation Neo (atau PlayStation 4.5 atau 4K) pada 7 September ini.



PlayStation Neo mula menjadi buah mulut penggemar konsol apabila beberapa laporan mengenainya timbul di portal Kotaku pada Mac lalu. Dan Sony juga mengesahkan mengenai kewujudan konsol itu pada Jun baru-baru ini.



Menurut laporan terbaru, Sony akan memperkenalkan konsol permainan video terbarunya itu di New York Ciy, menurut beberapa sumber terdekat syarikat tersebut.



Perkara itu diberitahu oleh Patrick Klepek dan Austin Walker dari Vice Gaming yang berkata beberapa sumber mengatakan tarikh itu sudah disahkan. Lebih dari itu, satu sumber turut berkata akan ada satu 'persembahan teknikal' untuk konsol itu pada hari tersebut.