PlayStation Dedah Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-turun Sepanjang Tahun 2018

Pada tahun 2018 kita dapat lihat bagaimana industri permainan video mudah alih melonjak naik dengan mendadak. Namun, konsol permainan masih lagi mampu bersaing dengan PlayStation 4 menjadi antara konsol paling popular sepanjang tahun lepas.

Konsol keluaran Sony itu boleh dimainkan dengan menggunakan cakera fizikal(Blue-Ray) seperti biasa ataupun dengan memuat-turun permainan dari gedung permainan "PlayStation Store".

Akan tetapi, permainan manakah yang paling banyak dimuat-turun dari PS Store pada tahun 2018? Tak perlu "Google", PlayStation sendiri sudah keluarkan senarai rasmi untuk tatapan anda.

Senarai penuh 10 permainan PS4 yang paling banyak dimuat-turun dari PS Store sepanjang tahun 2018 adalah seperti berikut:

  1. Call of Duty: Black Ops 4

  2. Red Dead Redemption 2

  3. Marvel’s Spider-Man

  4. God of War

  5. Grand Theft Auto V

  6. NBA 2K19

  7. FIFA 19

  8. Monster Hunter: World

  9. Far Cry 5

  10. Madden NFL 19


Kebanyakan daripada permainan yang tersenarai adalah layak untuk berada di situ, namun agak mengejutkan apabila GTA V(5) masih lagi kekal berada di senarai 10 teratas walaupun selepas lebih 5 tahun diperkenalkan.

Kapsyen: Rockstar Games


Selain itu, Red Dead Redemption 2 yang berada di kedudukan kedua juga sedikit memeranjatkan memandangkan saiz fail bagi permainan tersebut adalah sangat besar, iaitu hampir 90GB.

Selain daripada permainan PS4, Sony juga mengeluarkan senarai rasmi bagi beberapa kategori lain iaitu:

Permainan PSVR



  1. Job Simulator

  2. Beat Saber

  3. Superhot VR

  4. PlayStation VR Worlds

  5. Rik and Morty: Virtual Rick-ality

  6. Arizona Sunshine

  7. Moss

  8. Until Dawn: Rush of Blood

  9. Driveclub VR

  10. Surgeon Simulator: Experience Reality


Permainan Free-to-Play


Kapsyen: PlayStation


  1. Fortnite Battle Royale

  2. H1Z1: Battle Royale

  3. Brawlhalla

  4. Warface

  5. Paladins

  6. Warframe

  7. Pro Evolution Soccer 2018 Lite

  8. Fallout Shelter

  9. DC Universe Online Free-to-Play

  10. America’s Army: Proving Grounds


Permainan PS Vita



  1. God of War: Collection

  2. Persona 4 Golden

  3. Jak and Daxter Collection

  4. Minecraft: PlayStation Vita Edition

  5. Digimon Story: Cyber Sleuth – Hacker’s Memory

  6. Stardew Valley

  7. Adventures of Mana

  8. Bloodstained: Curse of the Moon

  9. Metal Gear Solid 3: Snake Eater – HD Edition PS Vita

  10. Undertale


Bagi PlayStation Vita(PSV), konsol ini masih boleh diselamatkan sekiranya Sony sanggup untuk memberi lebih perhatian kepadanya.

Mereka sepatutnya mengambil kesempatan diatas peningkatan industri permainan mudah alih ketika ini.

Namun agak mengecewakan apabila Sony sendiri telah mengumumkan bahawa 2019 bakal menjadi tahun terakhir bagi penghasilan konsol PlayStation Vita.

 

Sumber: PlayStation Blog