PlayStation Classic Digodam, Boleh Main Permainan Terus Dari Pendrive

Usia PlayStation Classic dipasaran sudah menjangkau seminggu lebih dan konsol yang dibangunkan semula ini membawa 20 judul permainan untuk peminat.

Jika ada segelintir peminat yang mungkin kecewa kerana beberapa lagi tajuk permainan popular tidak tersenarai seperti Silent Hill dan Crash Bandicoot, satu lagi perkara kurang enak mula dilaporkan.

Difahamkan beberapa pengodam telah berjaya menembusi sistem penyulitan konsol itu yang mampu memanipulasi sistem termasuk memainkan permainan terus dari pendrive.

Memuat naik informasi tersebut ke laman Twitter, salah seorang pengodam, @yifanlu, menyatakan bahagian paling sensitif sistem hanya disulitkan dengan kunci yang dibiarkan berada didalamnya dan bukannya dengan bantuan private key yang dipegang secara eksklusif oleh Sony.

Pengodam tersebut memanipulasi kelemahan tersebut dengan memainkan permainan Crash Bandicoot (prototaip) menerusi USB seperti yang boleh ditonton dalam video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=YIbLg9otz6s

Sumber: ArsTechnica