PlayStation 5 Akan Menjadi Konsol Permainan Terbesar Yang Pernah Dihasilkan Setakat Ini

Seperti semua sedia maklum, Sony telah pun mengumumkan harga dan tarikh pelancaran konsol permainan generasi terbaru mereka, Sony PlayStation 5.

Selain mengumumkan tarikh dan harga itu hari ini, para peminat konsol permainan itu  turut mendapat gambaran awal saiz sebenar konsol permainan tersebut.

Berdasarkan kepada spesifikasi PS5 yang didedahkan Sony, konsol PS5 bersaiz 390mm (lebar) x 104mm (tinggi) x 260mm (tebal).

Manakala bagi edisi PS5 Digital pula, ukuran konsol tersebut adalah 390mm (lebar) x 92mm (tinggi) x 260mm (tebal).

Berdasarkan perbandingan saiz PS5 dengan versi konsol PS sebelumnya,  ia menjadikan PS5 adalah konsol permainan yang terbesar pernah dihasilkan Sony setakat ini.

Kapsyen: Perbandingan (dari kiri) saiz konsol PS3 60GB, Xbox, Xbox One, PS5 Digital Edition dan PS5. Kredit: The Verge


Selain saiz, berat konsol PS5 juga adalah sekitar 4.5KG dan bagi edisi PS5 Digital pula adalah sedikit ringan iaitu 3.9KG.

Sumber: PlayStation Blog