PlayStation 4 Sudah Terjual 110 Juta Unit Sejak Dilancarkan

Ketika mana sebahagian daripada kita sabar menanti kedatangan konsol terbaru daripada Sony, pengeluar tersebut kini menyatakan bahawa PlayStation 4 sudah dijual melebihi angkat 110 juta unit.

Untuk lebih spesifik, jualan konsol generasi ke-4 ini mencecah 110.4 juta unit selepas sejumlah 1.5 juta unit terjual dalam 3 bulan pertama tahun ini.

Melalui pendedahan daripada Sony ini, jualan pada suku pertama tahun ini sedikit perlahan jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu yang memperlihatkan 2.6 juta unit berjaya dijual.

Melihat kepada angka-angka ini, mungkin PlayStation 4 tidak akan dapat menandingi jualan PlayStation 2 yang berjaya dijual lebih dari 159 juta unit sepanjang ditawarkan. Ini kerana, pelancaran PlayStation 5 sudah semakin hampir dan sudah pasti, tumpuan pengguna akan beralih kepada generasi terbaru itu.

Sumber: Sony