PlayStation 4 Pro Ditawarkan RM300 Lebih Rendah Dari Harga Asal

PlayStation 4 Pro sudah berusia 8 bulan dalam pasaran tempatan, dan pada awal pengenalannya di Malaysia ia dijual sekitar RM1799.

Konsol kegemaran ramai itu kini dilaporkan menerima potongan harga menjadikannya RM1499 dari salah satu gedung dalam talian pengedar tempatan di Lazada. Tidak cukup dengan itu, pembeli juga bakal menikmati tambahan satu tahun untuk tempoh waranti.



 

Selain daripada itu, terdapat satu lagi pengedar tempatan turut menawarkan PlayStation 4 Pro pada harga RM1479 yang lebih murah dan turut disertakan dengan tempoh waranti selama  tahun.



Melihat kepada dua tawaran diatas, tawaran pertama dilihat lebih berbaloi dibeli kerana disertakan sekali dengan waranti selama 2 tahun daripada Sony Malaysia.

Jadi jika anda berhajat untuk memiliki konsol tersebut, ini mungkin masa yang sesuai untuk mendapatkannya.

Sumber: Lowyat.net