PlayStation 4 Kini Terjual Lebih Dari 82 Juta Unit Seluruh Dunia

Sony mempunyai pelbagai barisan produk di bawah jenamanya seperti telefon pintar, peralatan rumah dan banyak lagi. Namun, jika anda tertanya-tanya produk apa yang terpenting bagi syarikat berkenaan, jawapannya ada konsol permainan PlayStation-nya.

Ini kerana PlayStation 4 merupakan satu-satunya produk keluaran Sony yang dilihat mampu menguasai pasaran secara jelas pada masa ini. Jualan unitnya jauh lebih tinggi berbanding pencabar terdekatnya seperti Microsoft Xbox dan Nintendo Switch.

Kredit : iMore


Malah, menurut laporan jualan terkini yang dikeluarkan oleh pihak Sony, mereka telah berjaya menjual sehingga 82 juta unit PS4 dalam masa lima tahun, mengatasi jumlah 80 juta unit yang dicatatkan konsol 'abangnya' yang direkodkan dalam masa tujuh tahun.

Walaubagaimanapun, ia masih belum mampu untuk mencabar dua konsol Sony paling berjaya sepanjang masa iaitu PlayStation(PS) dan PlayStation 2(PS2). Untuk rekod, sebanyak 102 juta unit telah terjual bagi konsol PS, manakala 155 juta unit untuk konsol PS2.

Kredit : PicJumbo


Kami menjangkakan Sony akan terus mampu mencatatkan rekod jualan yang baik untuk konsol PS4 sehingga sekurang-kurangnya tahun hadapan. Ini kerana mereka masih lagi belum lagi mengumumkan sebarang maklumat berkenaan pembangunan konsol PS5.

Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi melalui konsol PS4 ini bukan sahaja tertumpu kepada penjualan konsol sahaja. Malah, jualan permainan eksklusif mereka seperti siri God of War dan Uncharted juga adalah amat memberangsangkan.

Sumber