PlayStation 4 Edisi Istimewa Gran Turismo Sport Bakal Mendarat Di Pasaran Tempatan Oktober Ini

Minggu lalu, Sony PlayStation Asia telah memperkenalkan konsol edisi istimewa Gran Turismo Sport dan ia dijadualkan hadir ke pasaran tempatan bermula pertengahan bulan hadapan.







Konsol ini tampil kemas berwarna kelabu cerah dan disertakan dengan logo "Gran Turismo" pada bahagian tengah konsol serta pada pad sesentuh alat kawalan.

Dilengkapi dengan storan bersaiz 1TB, PS4 Gran Turismo Sport bakal dijual pada harga RM 1799 dan anda bakal menerima satu alat kawalan DUALSHOCK 4, CD Permainan Gran Turismo Sport, waranti selama setahun, serta langganan selama 12 bulan untuk PlayStation Plus.

Sumber: PlayStation Asia