PlayStation Muncul Platfom Cross-Play Seterusnya Untuk Fortnite

Permainan Fortnite adalah permainan FPS popular yang boleh didapati di Android, iOS, Windows, Mac serta Xbox dan juga PlayStation 4. Yang terbaru, Sony Interactive Entertaintment telah menambah fungsi cross-play kepada PlayStation. Berita ini dialu-alukan oleh peminat PlayStation yang menantikan fungsi cross-play permainan FPS popular itu ke konsol mereka. Buat permulaan, Fortnite kini akan melalui fasa beta mulai hari ini sebelum versi stabil akan diperkenalkan kemudian. Pengguna PS4 sebelum ini hanya bermain dalam rangkaian PlayStation sahaja dan tidak bergaul dengan platfom lain.



Berita ini dikongsikan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE) melalui blog rasmi Amerika Syarikat. Fasa beta ini bertujuan bagi mengumpul segala maklumat dan maklum balas sebelum versi stabil diaplikasikan kemudian. Sony juga mengakui ini antara langkah pertama yang diambil sebelum lebih banyak lagi permainan yang menyokong pelbagai platfom akan dibawa ke platfom PlayStation.

SIE bagaimanapun tidak memperincikan garis masa mengenai versi stabil Fortnite itu dan meminta peminat bersabar dan sentiasa mengikuti laman sosial rasmi media mereka bagi mengikuti perkembangan tersebut..