Perkhidmatan Penstriman Quibi Bakal Ditamatkan Selepas 6 Bulan Dilancarkan

Quibi merupakan platform penstriman yang direka khusus bagi telefon pintar dengan menawarkan kandungan video pendek berdurasi tidak melebihi 10 minit bagi setiap episod.

Baru sahaja dilancarkan 6 April 2020 iaitu sekitar 6 bulan lalu, perkhidmatan Quibi kini bakal ditamatkan. Perkara ini disahkan oleh pihak Quibi melalui satu kenyataan rasmi.



Antara kegagalan Quibi mungkin disebabkan pelancaran platform ini ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Quibi juga menyatakan,

"Quibi is not succeeding. Likely for one of two reasons: because the idea itself wasn’t strong enough to justify a standalone streaming service or because of our timing."

Dengan menjadikan Quibi sebagai platform berbayar, ia juga dilihat sukar bersaing dengan aplikasi sedia ada seperti Youtube, Instagram, Snapchat dan TikTok.

Melalui keputusan menamatkan perkhidmatan Quibi, syarikat itu kini dalam proses mengembalikan wang kepada pemegang saham mereka. Quibi juga dalam usaha untuk mencari pembeli yang berminat dengan aset kandungan dan teknologi platform itu.

Sumber: Quibi via The Verge