Platform Penstriman HBO GO Akan Dimulakan Pada Mei Hadapan

HBO Asia hari ini telah mengumumkan perkhidmatan penstriman HBO GO yang mana akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia bermula Mei hadapan.

Merupakan pelengkap kepada Astro Movie Pack, pelanggan boleh mengakses HBO GO menerusi aplikasi HBO GO, Astro atau set-top-box Astro.

Ia adalah perkhidmatan berasaskan internet yang membolehkan pengguna mendapatkan akses tanpa had kepada kandungan HBO (siri, filem dan dokumentari) termasuk juga akses tambahan untuk kandungan asal HBO seperti dibalik tabir dan trailer.

HBO GO turut ditawarkan dengan ciri muat turun, membenarkan pengguna menikmati kandungan pilihan mereka walaupun ketiadaan sambungan internet. Ia juga disediakan dengan penstriman TV secara langsung.

Lain-lain ciri yang boleh didapati pada HBO GO adalah:

  • Memudahkan pencarian kandungan dengan ciri Watchlist.

  • Kawalan ibubapa untuk memantau kandungan yang diakses oleh anak-anak mereka.

  • Semua kandungan di HBO GO akan ditawarkan pada kualiti HD (tertakluk kepada ketersediaan jalur lebar)

  • Sari kata pelbagai bahasa dan trek audio untuk siri dan filem yang terpilih.