Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Media Sosial

Platform Media Sosial Ini Digunakan Oleh 95% Remaja Di AS

Diterbitkan Ogos 16, 2022 · Dikemas kini Ogos 16, 2022 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai beranggapan TikTok sebagai platfom media sosial paling popular di Amerika Syarikat.

Tetapi berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh Pew Research Center mendapati, platform video YouTube adalah yang paling popular digunakan di sana di mana ia digunakan oleh 95% penggunanya yang terdiri daripada remaja.

Malah sekitar 1 daripada 5 remaja di AS didapati akan melawat laman YouTube atau menggunakan platfom itu secara kerap.

media sosial platform 2

Berkaitan

  • A.S Menangguhkan Sekatan Ke Atas Aplikasi TikTok
  • "BabyShark" Muncul Sebagai Video Pertama Cecah 10 Bilion Tontonan Di YouTube
  • 'Group' WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, 'Admin' Lebih Berkuasa

Kemudian barulah diikuti TikTok dengan 67% remaja di sana menggunakan platfom tersebut. Tetapi peningkatan TikTok dikalangan remaja AS boleh dikatakan meningkat secara mendadak kerana TikTok hanya muncul secara global pada tahun 2018 dahulu.

Facebook pula yang dahulunya digunakan oleh 71% remaja di sana mencatatkan penurunan mendadak dengan kini hanya 32% remaja AS sahaja menggunakannya.

Sementara Instagram dan Snapchat pula menunjukkan peningkatan penggunaan dikalangan remaja di AS.

media sosial platform
Pada tahun 2014 hingga 2015 dahulu, kajian itu tidak melibatkan platfom YouTube, WhatsApp, Twitch dan Reddit.

Kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center ini melibatkan remaja yang berumur diantara 13 hingga 17 tahun yang dibuat dari 14 April hingga 4 Mei 2022 lalu.

Sumber: Pew Research Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY