DuckDuckGo bukanlah platfom enjin carian yang baru, tetapi ia sudah pun mula wujud sejak 12 tahun lalu.
DuckDuckGo merupakan sebuah enjin carian yang memberikan perlindungan privasi kepada pencari maklumat.
Berbeza dengan enjin carian Google, DuckDuckGo menyekat sebarang penjejakan ketika carian dibuat dan tidak mengutip data penggunanya dengan memberikan hasil carian yang sama kepada penggunya yang lain.
"...Google tracks your searches and hides trackers on millions of websites." DuckDuckGo.
Baru-baru ini, DuckDuckGo telah merekodkan sebanyak 100 juta carian hanya dalam tempoh sehari. Ia merupakan rekod carian tertinggi menerusi platfom tersebut dalam tempoh 12 tahun.
https://twitter.com/dhh/status/1350411477858070528?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1350411477858070528%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.zdnet.com%2Farticle%2Fduckduckgo-surpasses-100-million-daily-search-queries-for-the-first-time%2F
Jadi sekiranya anda mementingkan privasi, anda bolehlah mencuba enjin carian DuckDuckGo.com sebagai alternatif kepada enjin carian Google.
DuckDuckGo boleh didapati dalam bentuk aplikasi yang boleh dipasang ke dalam peranti pintar Android, iOS dan macOS.
Atau anda boleh juga memasangnya sebagai extension untuk pelayar sesawang anda.
Berkaitan
- Google Melancarkan Servis Terbaru Google Play Pass
- Google Perkenalkan Pixel 3a Dan Pixel 3a XL
- Google Tidak Lagi Menawarkan Servis Storan Tanpa Had Percuma Untuk Google Photos Pada Tahun Hadapan
- Google Menjadikan Pejabat Mereka Sebagai Pusat Bagi Mendapatkan Vaksin COVID-19
- Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Android 10, 11 Dan 12
- Google Chrome 76 Kini Menyokong Tema Gelap Dan Membuang Butang Pengaktifan Flash
- Google Mengugut Untuk Menutup Enjin Carian Mereka Di Australia
- Ini Cara Membersihkan Duplikasi Senarai Kenalan Dalam Google Contact
- Google Mencuba Cara Lain Bagi Menambah Baik Penggunaan Memori RAM Pelayar Chrome
- Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV