Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Sidek berkata menerusi VTR itu, pelanggan mendapat akses secara menyeluruh dengan gambaran visual di segenap ruang yang memberi pengalaman berada di dalam rumah berkenaan secara maya.
"Secara tidak langsung ia dapat menarik minat dan seterusnya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membeli produk hartanah PKNS tanpa perlu ke tapak projek.
"Pembeli hanya perlu melawat laman web PKNS Property untuk menggunakan kemudahan VTR bagi melihat hartanah yang mereka minat untuk beli," katanya kepada pemberita di Hari Bersama Pelanggan PKNS yang dianjurkan di Kompleks PKNS, di sini, hari ini.
Turut dilancarkan pada hari ini ialah PKNS Loyalty Card sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang telah membeli produk hartanah PKNS.
Norita berkata kad berkenaan akan diberikan kepada pelanggan PKNS yang membeli hartanah bermula dari 2010 dimana setiap pembelian seunit hartanah melayakkan pembeli menerima satu unit kad berkenaan.
"Kelebihan yang dimiliki pemilik kad ini ialah mereka akan menerima pelbagai keistimewaan dan diskaun menarik untuk perkhidmatan di anak syarikat PKNS antaranya seperti Pusat Konvensyen Shah Alam, rangkaian Hotel De Palma dan Kelab Golf Seri Selangor.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Berbasikal Kini Lebih Selamat Dengan Helmet Keluaran Lumo
- Xiaomi Blackshark Dengan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Antutu
- realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
- Instant Tethering Sudah Mula Dilancarkan Bagi Peranti Pixel Dan Nexus
- Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia
- Kempen Energizer Power Max P18K Pop Pada Platform Indiegogo Gagal Dapat Sambutan
- Lebih 40 Telefon Pintar Bajet Dijangkiti Dengan Malware Dan Dipasarkan Ke Seluruh Dunia
- Samsung Dilapor Memfailkan Paten Peranti Dengan Skrin Fleksibel
- DJI Osmo Mobile 2 Bakal Dipasarkan Dalam Negara Tidak Lama Lagi, Berharga RM588
- Instagram Sedang Menguji Ciri Baru