Pizza Hut EasyOrder - Pesanan Pizza Kini Boleh Dibuat Melalui WhatsApp

Beberapa hari yang lalu, Pizza Hut mengejutkan banyak pengikutnya di Facebook dengan perubahan logo yang menjadi hijau. Perubahan secara mendadak itu menimbulkan tanda tanya jika Pizza Hut Malaysia hanya akan menyajikan pizza vegetarian mulai hari itu. Dan hakikatnya, perubahan ini menandakan perasmian perkhidmatan terbaru iaitu Pizza Hut EasyOrder.

https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia/photos/a.433767574653/10158478076669654/?type=3

Memperolehi kira-kira 3,000 likes dari pengguna, ada yang sempat berjenaka sama ada syarikat itu akan menyajikan ganja dalam pizza.

Menurut ketua pegawai pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong, perubahan warna itu sesuai dengan pelancaran perkhidmatan pesanan WhatsApp barunya, yang dikenali sebagai Pizza Hut WhatsApp EasyOrder.

Katanya lagi, melalui perkhidmatan ini, pelanggan kini dapat menikmati sistem mudah yang tidak memerlukan mereka untuk memuat turun aplikasi tambahan. Sebaliknya, mereka hanya perlu menyimpan nombor Pizza Hut (016-7552525), di telefon mereka dan membuat pesanan untuk mendapatkan pizza kegemaran mereka.

pizza hut easyorderEmily Chong juga menyatakan ia bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para pelanggannya melalui WhatsApp kerana ia adalah sistem pesanan terkenal di negara ini.

Tambahan lagi, dengan sistem pesanan baru ini, pelanggan tidak diperlukan untuk mendaftar ataupun melayari halaman menu yang berbeza. Dalam pada itu juga, dengan menghidupkan pengesan lokasi WhatsApp, pelanggan dapat berkongsi lokasi dengan mudah ketika menghantar pesanan.

Pizza Hut EasyOrder kini terdapat di seluruh Malaysia melalui WhatsApp di semua telefon pintar, dan jika berminat, anda hanya perlu memesan pizza kegemaran di nombor 016-7552525.

https://www.youtube.com/watch?v=507DlQerXgA

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Pizza Hut Malaysia.

Sumber: Mashable SEA & Bernama

Baca lagi: Siri TV Hebat Yang Ditamatkan Dan Dibatalkan Oleh Netflix