Pixel, Redmi K20 Dan Essential Phone Sudah Mula Terima Android 10

Setelah beberapa bulan ditawarkan dalam versi Beta, sistem operasi Android terbaru, Android 10 kini sudah mula dilepaskan secara rasmi untuk pengguna. Pada peringkat awal ini, ia diberikan kepada semua barisan peranti Pixel (bermula dengan 3 dan 3a dahulu), Redmi K20 Pro serta Essential Phone.

Melalui Android 10, beberapa ciri disediakan bagi menambah baik sistem operasi terdahulu seperti sistem sentuhan baru, kawalan privasi dan kebenaran yang lebih ketat, kawalan notifikasi lebih mudah, tema gelap dan lain-lain dengan keseluruhan kemaskini bersaiz 1GB.

Seperti kebiasaan, Google melepaskan kemaskini naik taraf secara berperingkat dan bagi anda yang memiliki Pixel bolehlah menyemaknya dibahagian Settings > System > Advanced > System Update. Bagi peranti lain, anda perlulah menunggu pengumuman daripada pengeluar yang biasanya memakan sedikit masa untuk ditawarkan.

Sumber: Android