Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Buds Pro

Pixel Buds Pro Terima Kemas Kini Terbesar

Diterbitkan Oktober 4, 2023 oleh Amsyar Latif

Biarpun tiada Pixel Buds Pro yang kedua tetapi Google menawarkan kemas kini perisian terbesar buat produk fon telinga mereka itu.

Apa yang dikatakan Google, fon telinga mereka juga perlu seiring dengan kecerdesan telefon pintarnya.

Pertama sekali, Bluetooth Super Wideband kini tersedia buat Pixel Buds Pro yang mana ia akan menjadikan suara pengguna lebih jelas.

Malah, ciri clear calling juga ditawarkan yang mana ia merupakan satu alat untuk mengurangkan bunyi hingar sewaktu panggilan sedang dibuat.

Pixel Buds Pro
Pixel Buds Pro

Selain itu, seperti pesaing-pesaingnya yang lain, Pixel Buds Pro turut akan menerima ciri conversation detection. Ia akan secara automatik mengaktifkan mod transparency dan jedakan muzik apabila pengguna sedang bercakap.

Akhir sekali, buat para gamer di luar sana bakal menerima fungsi mod low-latency. Ia sekaligus memberikan pengalaman bermain lebih baik tanpa sebarang masalah.

Selain daripada fungsi-fungsi tersebut, Pixel Buds Pro juga didatangkan dengan dua warna baharu, iaitu Bay Blue dan Porcelain.

Google mengatakan kesemua ciri baharu ini sudah tersedia dan pengguna hanya perlu menyemaknya sahaja di tetapan kemas kini perisian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY