Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon

Setahun telah berlalu semenjak laporan awal mengenai Google bekerjasama dengan Samsung untuk menubuhkan sistem cip mereka.

Menurut laporan di 9to5Google, peranti Google Pixel dan Chromebook tahun ini bakal menggunakan sistem cip pemprosesan yang dihasilkan oleh pengeluar ini sendiri.

Kapsyen: pix: gsmarena


Berdasarkan cakap-cakap ketika ini, dua peranti dengan kod nama "Raven" dan "Oriole" telah dikaitkan sebagai peranti awal yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut. Kedua-dua peranti ini (kemungkinan Pixel 6 dan 6XL) dijangkakan bakal keluar pada tahun ini.

Kapsyen: pix: 9to5google


Sistem cip yang dikenali sebagai GS101 "Whitechapel" ini adalah ciptaan kolaborasi bersama Samsung.

Ia memberi petunjuk yang prosesor tersebut akan berkongsi reka bentuk dan seni bina prosesor Samsung Exynos bersama beberapa komponen sama.

Sementara itu, masih belum jelas sama ada  "Whitechapel" akan digunakan pada peranti Chromebook. Namun, hala tujunya adalah jelas iaitu: telefon dahulu, Chromebook kemudian.

Sumber: GSMArena & Chrome Unboxed