Pixel 4 Mungkin Hadir Dengan Dwi Kamera Depan Dan Belakang

Banyak bilangan lensa kamera bukanlah jaminan hasil kamera yang terbaik dan itu dibuktikan dengan peranti oleh Google melalui model Pixel.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Pixel generasi terbaru dikatakan bakal menampilkan tetapan dwi kamera, bukan sahaja pada bahagian belakang malah untuk rakaman swafoto.



Bocoran imej memperlihatkan rekaan dwi kamera belakang diletakkan pada sebelah penjuru kiri atas. Sementara itu, dwi kamera swafoto pula dilihat mirip seperti Samsung Galaxy S10+.



Imej 3D yang direka semula oleh Phone Designer berdasarkan khabar angin.

Diperhatikan juga, tidak kelihatan pengimbas cap jari pada bahagian belakang seperti model terdahulu. Ini memberi spekulasi bahawa sama ada ciri itu akan diletakkan pada butang kuasa atau, pengimbas cap jari terbina pada skrin atau juga hanya menawarkan imbasan wajah sahaja, sepertimana yang dilakukan Apple pada iPhone X dan lain-lain.

Walaupun perkara ini masih lagi khabar angin, tetapi pastinya ramai yang teruja mendengar perkhabaran Pixel 4 mungkin tampil dengan dwi kamera.


Sumber: PhoneArena dan Phone Designer