Peranti baru, masalah lama.
Model terbaru telefon pintar Google Pixel 4 dilaporkan berdepan isu ynag sama sepertimana model Pixel terdahulu iaitu isu salutan (coating) skrin.
Isu salutan skrin itu menyebabkan skrin Pixel akan memaparkan kesan pada skrin yang dikenali sebagai oleophobic.
Isu ini mula dilaporkan oleh laman Android Central yang didapati berlaku pada sebahagian Pixel 4. Malah turut berlaku pada model Pixel 4 yang diterima mereka.
Sebelum ini, model Pixel 2 dan Pixel 3 juga turut berdepan isu salutan skrin ini.
"The Pixel 4's coating is so thin and easy to remove that I'm questioning how much of a "coating" there really is to begin with." Android Central.
Menurut Android Central, cara bagi menangani isu ini adalah dengan memasang pelindung skrin berkualiti pada Pixel 4.
Google perkenalkan Pixel 4 pada pertengahan Oktober lalu. Tetapi telefon pintar terbaru Google itu berdepan kritikan teruk dari para peminat gajet kerana spesifikasinya tidak memuaskan, harga yang mahal dan ketiadaan banyak ciri utama menarik yang sepatutnya ada pada model telefon pintar moden masa kini.
Berkaitan
- Atome Perkenal 'Caj Baharu' Dan 'Denda Tambahan' Bermula 9 Mei 2024
- Kos Pengeluaran Siri iPhone 14 Lebih Mahal Tapi Apple Tak Naikkan Harga - Nikkei Asia
- Muat Turun 'Game' Pengembaraan Berharga RM42.99 Ini Secara Percuma Sekarang
- (Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 - Lebih Kuasa, Skrin Bertambah Cun
- Microsoft Akan Menyokong Windows 10 Hanya Untuk Tempoh 4 Tahun Sahaja Lagi
- Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S
- Kemas Kini Windows 10 KB4532693 Menyebabkan Nama Profail Pengguna Diubah
- Kemas Kini Windows 10 1903 (KB4515384) Menyebabkan Gangguan Kualiti Audio Permainan Komputer
- Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Didapati Mudah Dibaik Pulih
- Buang Segera 34 Aplikasi Android Ini, Sudah Dimuat Turun Lebih 10 Juta Kali Dari Play Store