Pindah Fail Sepantas Kilat Dengan Peranti Xiaomi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini khusus kepda pengguna telefon Xiaomi, yang mana kami ingin kongsikan cara-cara untuk memindahkan fail diantara peranti Xiaomi dengan anggaran kelajuan 1GB dalam masa tidak sampai satu minit, sangat laju bukan?.

Fungsi ini adalah salah satu diantara kelebihan yang ada pada peranti Xiaomi, kebanyakan telefon pintar yang lain memerlukan sokongan aplikasi tambahan untuk membolehkan fail dihantar dengan kelajuan maksimum. Kaedah yang hampir sama juga digunakan oleh iPhone iaitu dikenali sebagai Airdrop.

Fungsi yang kami maksudkan ini dikenali sebagai "Mi Drop".  Kepada yang masih belum tahu bagaimana untuk menggunakan fungsi ini, ikuti sahaja langkah-langkah dibawah.

Langkah 1

Pastikan kedua-dua peranti Xiaomi tersebut mengaktifkan mod "Mi Drop" terlebih dahulu.



Langkah 2

Seterusnya pilih mana-mana fail yang ingin dihantar, kemudian tekan menu "More" atau ikon 3 titik.



Langkah 3

Cari dan pilih menu "Mi Drop".



Langkah 4

Setelah itu peranti anda akan segera mengesan peranti Xiaomi lain yang berhampiran, pilih peranti yang anda ingin hantarkan fail tersebut. Fail tersebut akan dihantar setelah butang "Accept" di tekan.



 

Untuk mendapatkan kelajuan maksimum pastikan peranti-peranti Xiaomi yang terlibat berada pada jarak yang tidak terlalu jauh. Itu sahaja sedikit perkongsian kali ini, selamat mencuba.