Pilih HONOR Band 5 Atau Mi Band 4? Mari Kami Bantu Anda

Beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan gelang tangan pintar semakin meningkat dalam kalangan pengguna. Faktor-faktor pemilihan sudah pasti berlegar antara harga yang murah serta penawaran ciri yang s aktiviti riadah pengguna. Kali ini kita cuba lihat kepada dua gelang tangan pintar yang cukup berbaloi, HONOR Band 5 dan Mi Band 4. Mana yang benar-benar berbaloi untuk dimiliki?

Perbezaan harga


HONOR Band 5 vs Mi Band 4

Sabar. Beza harga antara keduanya tidaklah terlalu tinggi. Kedua-duanya mampu milik, jadi rasanya lebih elok kita berikan fokus kepada spesifikasi terlebih dahulu. Kalau lebih mahal sedikit dengan fungsi yang baik apa salahnya, betul? Tetapi kalau ciri yang baik disertakan dengan harga murah, itu yang kita mahu. Jadi ikuti perbandingan ini sampai ke akhir ya.

Rekaan luar


Perkara pertama sekali adalah rekaan. Perkara yang paling asas, perkara yang menjamu selera mata anda. Jika anda sudah mengikuti kedua-dua gelang pintar ini sedari awal, ia ada trademark tersendiri dari segi rupa parasnya. HONOR Band dengan rekaan sedikit petak manakala Mi Band dengan bentuk bujurnya.

HONOR Band 5 vs Mi Band 4

Berkenaan dengan reka bentuk tali, HONOR Band 5 tampil dengan tali yang kekal pada badan peranti. Bermaksud ia tidak boleh ditanggalkan. Ia lebih baik kerana anda tidak perlu bersusah payah membuka peranti tersebut ketika mahu mengecasnya. HONOR menyediakan 4 pilihan warna premium seperti Black, Coral Pink, Midnight Navy dan Olive Green.

Berbeza dengan Mi Band 4, talinya boleh diubah-ubah. Anda bebas memilih warna kegemaran dan masih boleh dimuatkan pada tali model terdahulu, Mi Band 3.

Seperkara lagi mengenai tali, HONOR Band 5 mempunyai buckle seakan tali jam tangan biasa, sementara Mi Band 4 lebih ringkas dengan ciri kuncian butang. Kedua-duanya selesa serta ringan digunakan tetapi untuk aktiviti yang lebih fizikal, kami mengesyorkan HONOR Band 5 kerana ia tidak mudah terbuka. Kuncian tali itu lebih kemas dan rapi berbanding Mi Band 4.

 

HONOR Band 5 vs Mi Band 4

Bagi rupa paras, mata kita pastinya lebih tertumpu kepada HONOR Band 5. Berharga murah namun masih mampu tampil seakan premium. Jika anda seorang yang gemar untuk menukar warna tali, Mi Band 4 boleh dipilih. Tetapi harus sentiasa peka ketika beriadah, ia mungkin tertanggal tanpa anda sedar seperti yang pernah terjadi pada kami.

AMOLED untuk semua


Keluaran HONOR dan Xiaomi ini berkongsi ciri yang sama iaitu jenis paparan AMOLED berukuran 0.95 inci dengan resolusi 120 x 240 piksel. Penggunaan didalam mahupun kawasan luar tidak mendatangkan masalah pada paparan ini dimana ia jelas memaparkan kandungan.

Navigasi pada keduanya juga sangat baik yang mana ciri sentuhan skrin dibuat dengan lancar. Melalui pengalaman lalu, HONOR Band 5 sedikit responsif dari segi sensitivi sentuhan. Menyerikan lagi peranti-peranti ini adalah paparan kandungan berwarna. Paparan utama juga boleh diubah suai mengikut tema pilihan, sama ada yang disediakan secara rasmi mahupun dari pihak ketiga. 

Fungsi dan ciri yang ditawarkan


Ok, sekarang kita bergerak lebih dalam lagi iaitu pada fungsi serta ciri yang dibawa pada kedua-dua gelang tangan pintar ini. Anda semua tahu, secara asasnya ia menyediakan ciri penjejak kecergasan seperti degup jantung, jumlah langkah serta larian dan aktiviti riadah yang lain.

HONOR Band 5 vs Mi Band 4

Kelebihan sekali lagi dilihat pada HONOR Band 5 dimana ia menyertakan 10 mod kecergasan terdiri daripada Outdoor Running, Indoor Running, Outdoor Walking, Indoor Walking, Outdoor Cycling, Indoor Cycling, Swimming, Free Training, Rowing Machine dan Elliptical Trainer. Sementara itu, Mi Band 4 pula tersedia dengan 6 mod kecergasan seperti Treadmill, Exercise, Outdoor Running, Cycling, Walking dan Pool Swimming.

Salah satu ciri paling menarik yang terdapat pada HONOR Band 5 adalah kebolehan menjejak tekanan oksigen dalam darah, SpO2 Monitor. Ia membantu anda dalam memantau bagaimana badan anda mengadaptasi aktivit riadah yang dilakukan mahupun ketika berada pada altitud yang tinggi. Menambah lagi kekuatan spesifikasi keluaran HONOR ini adalah ciri pemantauan degup jantung 24 jam.

HONOR Band 5

Dengan dua kelebihan ini, sekarang anda boleh andaikan bahawa HONOR Band 5 lebih kehadapan pada ciri yang dilengkapkan padanya. Nanti dulu, ada lagi yang anda perlu tahu. HONOR Band 5 mempunyai keupayaan mengawal kamera serta aplikasi pemain muzik pada telefon pintar. Menarik bukan?

Untuk sambungan kepada telefon pintar, kedua-duanya menggunakan Bluetooth 5.0 dan diakses melalui aplikasi Huawei Health dan Mi Fit. Persamaan antara keduanya lagi adalah tiada integrasi ciri GPS.

Bateri mana yang lebih tahan?


Diatas kertas, bahagian ini lebih memihak kepada Mi Band 4 dimana ia dijanjikan dengan ketahanan bateri sehingga 20 hari. HONOR Band 5 pula dinyatakan mampu bernyawa sehingga 14 hari untuk sekali pengecasan penuh.



Pengecasan dibuat dengan mudah bagi kedua-dua gelang pintar tetapi anda perlu meletakkan HONOR Band 5 dengan sempurna untuk mengecasnya tanpa perlu membuka tali. Mi Band 4 pula berbeza kerana perlu dipisahkan daripada tali. Lama-kelamaan ia memberi kesan pada tali itu sendiri. Ada juga tali yang terputus ketika membukanya, jadi pastikan beli tali daripada pengeluar yang lebih berkualiti.


Mana satu yang berbaloi?


Sebelum terlupa, harga rasmi untuk HONOR Band 5 di Malaysia adalah RM129 sementara Mi Band 4 diletakkan pada nilai RM149. Setelah dibahaskan panjang lebar, anda pasti sudah mempunyai jawapan kepada persoalan mana yang lebih berbaloi. Model mana yang lebih murah dan lebih kaya dengan spesifikasi?

HONOR Band 5 vs Mi Band 4

Tanpa perlu kami sebutkan peranti itu, anda pasti sudah tahu mana satu yang patut dimiliki diantara HONOR Band 5 dan Mi Band 4.

Anda sudah ada jawapan dan tidak mahu tunggu lama lagi? Boleh pergi ke laman ini untuk beli secara dalam talian. Tunggu apa lagi?