Pihak Microsoft Sedang Menyiasat Punca Kepada Isu Penggunaan Kuasa Pemprosesan Yang Tinggi

Berkaitan kemas kini yang melibatkan ciri Cortana.


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa pengguna Windows 10 mendakwa selepas mereka mengemas kini kepada versi Windows 10 KB4512941 (Build 18362.329) pada komputer mereka, pengguna mendapati kuasa pemprosesan utama (CPU) komputer mereka menjadi sangat tinggi.

Selepas beberapa hari tular masalah itu dikalangan penggunanya, akhirnya Pihak Microsoft hari ini respon dan memaklumkan kepada umum yang mereka sedang menyiasat perkara itu. Makluman tersebut dibuat menerusi ciapan di akaun rasmi Twitter Windows Update.

https://twitter.com/WindowsUpdate/status/1168948885076815873

Isu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pepijat yang ada pada ciri arahan suara Cortana.



Buat masa ini, pengguna boleh mematikan sahaja ciri Cortana dahulu sehinggalah pihak Microsoft melepaskan kemas kini terbaru bagi memulihkan semula masalah ini.